Tuesday, 17 November 2015

UMMAH MART

Alhamdulillah, proses baik pulih kedai Koperasi Ummah Bestari Kuala Lumpur Berhad (KUBiKL) sudah masuk ke fasa yang akhir. Kedai KUBiKL ini akan diberi nama UMMAH MART dan akan beroperasi di alamat No. 10 Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur. 




Nama UMMAH MART dipilih kerana KUBiKL mempunyai visi untuk menjenamakan UMMAH dalam nama KUBiKL. KUBiKL akan berusaha menjadikan UMMAH MART trending di kebanyakkan pelanggan dan pengguna. 



UMMAH MART menjalankan TIGA (3) perkhidmatan yang utama:



  1. Jual Beli 
  2. Katering & Penyajian 
  3. Perkhidmatan tambahan 
InsyaAllah, UMMAH MART akan mula beroperasi tidak lama lagi. Semoga usaha ini dapat memajukan KUBiKL selangkah ke hadapan dan terus maju :)


Monday, 28 September 2015

AIR GAU

Air adalah kurniaan Tuhan. Kita memerlukan air sebagai nutrien penting bagi kehidupan. Tubuh kita mengandungi lebih kurang 60-70% air. Ia memainkan peranan penting dalam fungsi-fungsi organ seperti membantu mengangkut nutrien, mengawal suhu badan, membantu proses pencernaan, membawa zat-zat makanan dan lain-lain lagi. Hanya dengan meminum air yang berkualiti, barulah kita akan dapat memiliki tubuh badan yang kuat dan sihat. Air yang berkualiti mengandungi zat-zat galian yang diperlukan oleh badan, beralkali (pH 7.0-8.5), bebas daripada kuman, bahan kimia atau logam berat yang merbahaya.

Air Minuman GAU telah dikategorikan sebagai air berkualiti kerana ia mengandungi kadar garam galian yang tinggi (TDS 294 mg/I) dan beralkali (pH 7.9). Nilai kealkaliannya adalah lebih daripada nilai pH darah kita iaitu pH 7.4.

Air Minuman GAU dapat meneutralkan dan menyingkirkan sisa-sisa berasid yang terkumpul dalam badan kita. Ia juga berupaya mengimbangkan paras pH tubuh kita untuk mengelakkan pelbagai jenis penyakit, terutama penyakit kronik. Lebih-lebih lagi, Air Minuman Gau berupaya membekalkan zat-zat galian yang diperlukan oleh tubuh untuk menjaga kesihatan dan kecergasan badan.  
 
“KANDUNGAN MINERALNYA ANTARA YANG TERBAIK SELEPAS AIR ZAM-ZAM”

Info dari www.airgau.com

KUBiKL adalah antara pengedar rasmi Air Minuman Gau di Kuala Lumpur. Kami fokus kepada usaha kami untuk menyebarluaskan pengetahuan masyarakat berkenaan Air Gau ini. 

Terdapat 3 pakaging Air Minuman Gau iaitu:

  1. 1.5L
  2. 600mL
  3. 250mL



Jika berminat untuk mendapatkan Air Minuman Gau, boleh lakukan tempahan dengan menghubungi;

Azim (013-3006085)
Amer (012-6927305)

Buat tempahan SEGERA, kami akan HANTARKAN!!!

Sunday, 20 September 2015

JUAL BELI

Assalamualaikum

Jual beli adalah antara bidang usaha dan perniagaan yang menjadi fokus Koperasi Ummah Bestari Kuala Lumpur Berhad (KUBiKL). 

KUBiKL menjual barang-barang keperluan seperti makanan dan minuman. Antara produk yang dijual adalah makanan kesihatan seperti koko dan susu kambing. 

Ini adalah antara produk awal yang cuba dipasarkan oleh KUBiKL. Seperti dalam perancangan KUBiKL, akan ada pertambahan produk yang akan diusahakan bagi memastikan KUBiKL mampu berdaya saing bersama koperasi dan syarikat yang lain dalam bidang usaha ini.

Antara mekanisma yang digunakan untuk menjalankan usaha jual beli ini, pihak KUBiKL telah membuka tapak jualan. KUBiKL mencari peluang membuka tapak jualan untuk program yang berlansung di sekitar lembah klang. 

Pada 18 September 2015 sehingga 20 September 2015, KUBiKL telah membuka tapak jualan makanan, minuman serta produk yang kami usahakan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, KUIZM. Tapak jualan ini dibuka di KUIZM sempena Festival Konvokesyen KUIZM 2015.





InsyaAllah, KUBiKL juga akan menyertai Karnival Keusahawan Bistari 2015. Perincian program seperti berikut:

Tarikh: 3-4 Oktober 2015
Masa: 10 pagi - 6 Petang
Tempat: Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam


Strategi awal dengan membuka tapak jualan ini memberi peluang kepada pihak KUBiKL untuk mendapatkan momentum awal dalam perniagaan. Usaha ini juga untuk membina nama KUBiKL dalam kalangan pelanggan. 

Sekian,

Amirudin Jamal 
Pegawai Operasi KUBiKL
H/P: 012-6927305
Tel Pej: 03-26020357
Email: koop.ummahbestari@gmail.com / amirudinbinjamal@gmail.com

Thursday, 17 September 2015



Banner promosi untuk Katering KUBiKL
Berminat untuk dapatkan perkhidmatan Katering KUBiKL,
Hubungi:
012-6927305 (Amer)
011-33527326 (Zamri)
010-2161986 (Matnor)
Tel Pej: 03-26020357

Wednesday, 16 September 2015

KATERING & PENYAJIAN

Antara bidang usaha dan perniagaan yang dijalankan oleh Koperasi Ummah Bestari Kuala Lumpur Berhad (KUBiKL) ialah katering & penyajian. KUBiKL menawarkan perkhidmatan katering & penyajian seperti majlis;


  1. Kenduri kahwin
  2. Majlis keraian 
  3. Jamuan di masjid/surau
  4. Rumah terbuka
  5. Hari keluarga
  6. Jamuan 
  7. Hari kelahiran
  8. Hari sukan
  9. BBQ
KUBiKL di bawah bidang usaha katering & penyajian juga menawarkan perkhidmatan tambahan seperti khemah dan PA system. 

Untuk 'entry' yang seterusnya, pihak KUBiKL akan senaraikan gambaran yang lebih jelas berkenaan pekhidmatan yang ditawarkan KUBiKL untuk skop bidang usaha Katering & Penyajian. 

Antara projek yang kami jalankan:

1. Katering untuk TV AL-HIJRAH untuk program MASAM MASAM MANIS (3 Sept 2015)



 
2. Kenduri Kahwin di Port Klang (13 Sept 2015)











Berminat untuk dapatkan perkhidmatan KATERING & PENYAJIAN dari KUBiKL, 

Hubungi:

H/P: 

012-6927305 (Amer)
011-33527326 (Zamri)
010-2161986 (Matnor)

Tel. Pej: 03-26020357

Email: koop.ummahbestari@gmail.com






Tuesday, 15 September 2015

KOPERASI UMMAH BESTARI KUALA LUMPUR BERHAD (KUBiKL)

PENGENALAN
  • Koperasi Ummah Bestari Kuala Lumpur Berhad, KUBiKL ditubuhkan pada 2013 atas inisiatif dari beberapa orang anak muda. Pada awal penubuhan, KUBiKL telah mendapat khidmat nasihat dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia, SKM untuk membina dan mengurus tadbir koperasi ini. KUBiKL juga mendapatkan input dan pengalaman dari koperasi sedia ada yang berjaya sebagai model.
  • Tujuan awal penubuhan KUBiKL adalah untuk membantu masyarakat bumiputera di sekitar wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan ahli anggota koperasi ini. Selain itu, KUBiKL juga berhasrat untuk membantu dan meningkatkan ekonomi masyarakat.
  • Dengan sistem urus tadbir yang sistematik, serta keanggotaan yang kukuh, adalah diyakini bahawa KUBiKL mampu dan akan terus berkembang menjadi koperasi yang dikenali serta mencapai  objektif utama penubuhannya. 
VISI SYARIKAT
  • Menjadi sebuah koperasi yang unggul, mapan, berdaya saing dan maju serta menguasai keusahawan di peringkat nasional.
 MISI SYARIKAT
  • Menggembleng segala sumber yang dimiliki secara optimum untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti untuk semua.
  • Mewujudkan sebuah sistem urus tadbir yang kompeten, professional dan komprehensif.
  • Meluaskan rangkaian keusahawanan bersama jaringan koperasi, syarikat, badan-badan korporat dan badan-badan bukan kerajaan.
  • Berkongsi pulangan dan menyumbang dalam memajukan masyarakat ke arah kesejahteraan ummah. 
BIDANG USAHA DAN FOKUS PERNIAGAAN:

1.      Katering dan Penyajian
·        Menyediakan pakej penyediaan makanan bagi majlis kenduri kahwin, majlis kesyukuran, tempahan pejabat dan sebagainya
2.      Jual Beli
·   Koperasi Ummah Bestari Kuala Lumpur Berhad (KUBiKL) menjual barang-barang keperluan seperti makanan, minuman serta makanan kesihatan seperti koko dan susu kambing.

3.      Percutian/Pelancongan
·   Menjalankan aktiviti pakej percutian atau perlancongan, umarah dan ziarah dengan menjalankan kerjasama dengan Haramain Blobal Services.

4.      Khidmat Latihan
·    Menjalankan kerjasama dengan masjid-masjid dan badan-badan bukan kerajaan untuk menjalankan kursus motivasi dan khidmat nasihat